Selasa, 08 November 2011

Huruf Sunda

Tulisan Sunda (b. Sundaaksara Sunda) ialah suatu sistem tulisan abjad suku kata yang digunakan oleh orang Sundauntuk menulis dalam bahasa Sunda. Tulisan ini merupakan keturunan tulisan Brahmi melalui tulisan Pallava. Tulisan ini muncul pada sekitar kurun ke-14 dan digunakan sehingga pada kurun ke-19 apabila abjad Rumi diperkenalkan sebagai sistem tulisan rasmi bagi bahasa Sunda.

Sejarah
Pada awalnya, iaitu pada sekitar kurun kelima hingga kelapan, tulisan Pallava digunakan di Jawa Barat untuk menulis dalam bahasa Sanskrit. Kemudian, pada kurun ke-14, tulisan Sunda Kuno (Sunda Kuna) muncul. Tulisan ini digunakan oleh Kerajaan Sunda sehingga ke kurun ke-18. alam tempoh tersebut, beberapa sistem tulisan lain juga diperkenalkan, antaranya ialah tulisan Jawa yang digunakan pada kurun ke-17 sehingga kurun ke-19, dan tulisan Arab (Pegon?) yang digunakan pada kurun ke-17 sehingga pertengahan kurun ke-20. Bermula pada kurun ke-20, abjad Rumi digunakan sebagai sistem tulisan rasmi untuk bahasa Sunda.
Tulisan Sunda moden telah dipiawaikan pada tahun 1996 dan dinamakan Sunda Baku. Tulisan ini mempunyai sedikit perbezaan dengan Sunda Kuno.
Bukti penggunaan tulisan Sunda yang terawal ialah penemuan beberapa batu bersurat di KawaliJawa Barat.

Abjad
Tulisan Sunda merupakan sistem tulisan abjad suku kata. Setiap huruf mewakili suku kata yang terdiri daripada dua bunyi, iaitu konsonandan vokal. Setiap huruf mempunyai bunyi vokal asal /a/, tetapi bunyi vokal tersebut boleh dibatalkan dan digantikan dengan bunyi-bunyi lain dengan menggunakan tanda diakritik.

Huruf asas
Terdapat 25 huruf asas (b. Sundaaksara ngalagena) dalam abjad Sunda. Huruf-huruf ini disusun mengikut turutan Brahmi.

Huruf vokal
Huruf vokal (b. Sundaaksara vokal mandiri) digunakan untuk melambangkan suku kata yang bermula dengan bunyi vokal dan tidak mempunyai konsonan. Terdapat tujuh macam huruf vokal:



Tanda diakritik
Tanda vokal (b. Sundaaksara swara) ditambahkan pada huruf asas untuk mengubah bunyi vokalnya.


Selain itu, terdapat juga beberapa tanda lain yang membatalkan bunyi vokal /a/ pada huruf asas dan menggantikannya dengan bunyi lain.


Angka
Angka dalam tulisan Sunda menggunakan sistem nombor perpuluhan.



Tanda baca
Tulisan Sunda tidak mempunyai sebarang tanda baca khusus. Kesemua tanda baca dipinjam daripada tulisan Rumi, umpamanya koma,noktah dan tanda soal.


Siti Hasanah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar